Thursday 2 July 2009

SaatKompangDipalu


Segala puji bagi Allah yang telah menemukan dua insan dalam keadaan mereka itu berkasihan keranaNya lalu Dia himpunkan mereka dalam keadaan mawaddah malahan rahmah...

huhu... apa yang terlintas pada minda antum tentang entry itu... pastinya sebuah perkahwinan bukan? takkanlah mahu menulis tentang YB nak pecah tanah or majlis khatan beramai2... itulah realitinya...diri ini makin menginjak dewasa rupanya...rasanya baru lepas main konda-kondi (maaf bagi mereka yang tak pernah dengar)... memanjat pokok di kampung atau dimarahi ummi kerana mandi sungai... berebut tv dengan atok sebab setiap petang pasti aku mahu menonton siri Power Rangers kegemaranku dan Suria Baja Hitam aka Gaban....kucelikkan mata, kupasang telinga, dan kulakukan berulang kali...
SAHABATKU MAHU KAHWIN?!! (masih tidak percaya selepas membaca entry di blog seorang sahabatku)

somebody plzz wakes me up...huhu..itulah realiti hidup...aku masih mendaki tangga usia...dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain dan aku tidak tahu pada anak tangga ke berapa akan ku berhentikan kaki ku..apakah masih jauh perjalananku atau sekadar beberapa anak tangga cuma... yang lebih penting, aku perlu siapkan diri pada setiap langkahan itu agar tidak tersadung pada jejak yang sama...pada shbtku yang akan berkongsi kasih selepas ini, mudah2an Allah hidupkan antum pada kebahagiaan penuh rahmah...

aku menunggu siapakah org pertama yang akan mengirimkan kad walimah padaku.... atau aku sendiri org pertama yang akan mengirimkannya pada mereka...only Allah have the answer... :-)

3 comments:

suraya said...

salam.kawan dari samura ke yg nak walimah?hehe.aduh, buntu ni.
biasalah, dah masuk 20-an ni kan.

mintak2 ilyas hantar dulu.haha.ameenn~ jangan lupa jemput..

Ilyas Syafiq bin Darul Ridzuan said...

salam..tak lah..kwan di matrik perak dulu... tak sangka secepat ini usia ku tersisa..huhu...

huhu...lambat lagi kot...terserah pada Allah

Nooreena said...

Salam Ilyas. Akak selalu jadi silent reader je. Rasa nak meninggalkan jejak pula hari ni. :D


PS: Akak menunggu kad dari Ilyas ni.