Wednesday 1 July 2009

kaki ku terus menapak, melangkah mencari ilmu..

lagi seminggu, tugas ku kembali bermula... walaupun sahabat2 yang lain sudah pun bergelar graduan dan ader yang sudah tersenyum mendapat kerja, aku masih di sini... Universiti Kebangsaan Malaysia, univ yang sememangnya aku impikan sejak aku dimatrik dulu...ntah kenapa aku memilih di sini (mb dekat dengan rumah kot -15 minit perjalanan dgn skuter MZ Moskito ku)..sampaikan sewaktu di matrik dulu, kat board bilik aku tampal, usah mimpi nak jejakkan kaki ke UKM if pointer tak lepas 3.00...tergelak mengenangkan 'kerajinanku' di KMPk dulu....alhamdulillah, dpt lah juga...first choice medic n second biomed, but lepas pegi HUKM taklimat program ngan En Nizam (kaunselor yang terlalu baik buatku..he was like a father for us), aku memadamkan hasratku n terus memilih biokimia n itu yang aku dapat... mb ader hikmahnyer...huhu

berbalik pada entry, tak kurang seminggu sbnrnyer nak balik ke ukm menempuh sisa2 waktu sebagai degree student...even sebenarnya aku telah pun bergelar graduan..tapi jalan ini yang ku pilih, semoga Allah menetapkan aku pada jalanNya...niat seperti sem2 yang lepas...nak balajo rajin2..but for the last semester nih, i've my plan...inilah peluang terakhir sebelum akan kembali ke sini mungkin sebagai master student plak....huhu...doakan lah yer kawan2..kepada kwn2 yang akan berkonvo, selamat berkonvo n dapat apa yang antum impikan..... letakkan segalanya pada Allah, di awal, pertengahan dan pengakhiran..Allah tak pernah mengecewakan....

ayuhai kaki, kala kau berhenti lelah berdarah dek jauh perjalanan....ku usap dengan tgn kesabaran..ku pujuk, inilah sunnah orang berjuang...teruskan langkahmu walau sepatumu telah penuh darah...ku pujuk, setiap titis darah itu ada nilai dan balasannya...aku pun terus menapak, melangkah di medan itu...bertemankan belikat kudrat dan akal minda serta bulat tekad semangat membuatkan ku terus berlari ke medan it
u... kerana ku tahu sekali ku berjalan pergi, perlu mantap kaki itu...perlu kejap diri itu mencari erti makna mengabdikan diri dalam ilmu... tanda aku bukan selamanya akan jahil tapi tidak ego dengan bijaksana... kerana nilai itu yang wajib kupegang...menjadi tunggangan perjalananku...beberapa kali aku tersadung, dan acap kali diri ku rebah, sehinggakan aku hanya mampu bertongkat pada harapanku kepada Allah...maka aku tersenyum pada ujian ini...aku pujuk diriku, Ya Allah, terima kasih atas ujian ini ..... Allah sedang berbicara padaku erti sabar dan ikhlas....

p/s: sahabat2 ku, doakan perjuangan dan perjalananku ini...

No comments: