Sunday 30 September 2007

TarianPenakuBermula....


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.....

Alhamdulillah..Akhirnya, tarian penaku bermula. Mengikut rentak perjalanan hidupku dan irama alam yang menjadikan aku semakin matang. Huhuh...Intro jer tu...Namun jauh di sudut hatiku meronta keinginan untuk menulis dah lama, cumenye terbelenggu dengan kemalasan yang melampau... alhamdulillah, ramai sahabat yang minta menulis..tapi aku bukan penulis hebat, atau tulisan ku mampu menggetarkan pembacanya...aku hanya lah penulis biasa...saat aku menaip intro ini, memoriku melayang jauh ke bumi SAMURA..kata Ustazah Faizah padaku: Dakwah itu ader tiga, Pertama: bil lisan (melalui percakapan); kedua: bil kitab (melalui penulisan); dan ketiga: bil hal (melalui perbuatan)...maka aku menganggap ia termasuk yang kedua...semoga mentarbiyah diriku dan sahabat2...

hmmm...perbahasan pertama...nak bahaskan diriku ini apa ya? saya, aku, ana, i .... setelah memerah idea dan keringat maka parlimen meluluskan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, manakala bahasa arab dan english sebagai bahasa kedua..hehehe...ader certain time, pakai bahas diri yang berlainan...maka bertepuklah satu parlimen tanda setuju....dewan menerima usul (teringat jadi pembahas kat SAMURA dulu...tapi simpanan jer..banyak yang lebih arif).....actually, banyak gak nak menulis tetapi lebih kepada pengalaman hidupku yang sebenarnya tak lah menarik pun...masing2 ader life masing2 kan...but tak salah berkongsi...

jari2 itu menari lagi di atas keybord laptop adikku (laptopku rosak)...tak...tak...bunyinya tidaklah se'horror' filem seram di pawagam kini (ntah nape tak suke sbnrnyer g wayang)...jari itu terus menari mengikut alunan idea yang berligat di lobus frontal ku....adakalanya mataku sakit dek kerana skrin yang terlalu memancarkan sinar2nya menembusi retina dan diproses imejnya di lobus occipital (wah..aku bukan budak medic)...namun, ketabahan masih di dalam sanubariku (ayat nak yang best jer)...owh lupe...yang pertama dan utama: niat perlu ikhlas kerana Allah (setting niat dulu..agar tidak terpesong)..

let me introduce myself...nama dalam kad pengenalan..ILYAS SYAFIQ BIN DARUL RIDZUAN...ramai yang mengingati diriku ini kerana nama ayahku (syukran ya abi, smmgnya anakmu bangga dengan dirimu)...panggilan penaku...ibnu~ehmady (entah kenapa ia begitu sinonim = same meaning ....kata cikguku di sekolah kebangsaan kajang dulu dan ia masih tergiang di gegendang telingaku...)...kesukaanku membaca..sebulan mesti habiskan 2 buah buku dan tempat baru kegemaranku...Perpustakaan Tun Sri Lanang (dah nak grad..baru cari library)....novel islami shj...buku yang best buat jiwaku terbang mendambakan cinta Ilahi (offer utk dibuat lirik)


...halwa telingaku hanyalah nasyid..peminat kipas-susah-mati (die-not-so-hard fan) sami yusuf..pesanan penaja: hidup dan mati hanya untuk Allah, bukan makhluk...huhuhu..tapi lagu nasyid sekarang dah tak banyak pakai percussion..katanya nasyid alternatif..apa jua alasannya...asalkan lagu itu membuatkan diri ini karib dengan rasa berTuhan...aku ini bukan milik sesiapa melainkan Allah....tidak ada sesiapa melainkan Allah dihatiku (cube teka dialog filem ape?...huhuhu).... k lah sampai di sini jer intro buat tatapan antum sume...anak itik baru belajar berenang..kdg2 tercungap jugak...kalu ader sahabat ader kritikan atau sebarang idea sila hantarkan ke....antum pun tahu camner nak wat kan...akhirnya, ilalliqo ma'aasalamah..wassalam

3 comments:

Miss F said...

tahniah ya mr.presiden...

Noreffendi Eskan said...

Assalamualaikum
Syabbas ya sahabat...
moga ketulusan nawaitu hati dizahirkan dengan jari jemari mulus menyusun kata yang tak terzahir dek lidah dunia...
insya'allah aminn..:)

Noreffendi Eskan said...

Tahniah:)