Thursday 14 October 2010

SenafasRindu..SegenggamKasih..Seredup Mahabbah


Senafas rindu yang mengikat setiap hela pada tahmid
memuji pada Yang Memiliki Segala Puji
Pujian yang hanya selayaknya buat-Nya
pada kala diri mengemis hina di hampar sujud
hanya berteman ayat-ayat cinta dari Yang Maha Esa
mentadabbur setiap kalam
menterjemah pada perbuatan
itu namanya AMALAN
bukan setakat kabur pada bacaan, hilang pada alunan
lalu jauh sekali menjadi pedoman
betapa dunia jauh dari akhirat
saat urusan diri jauh dari syariat
lupa akan tugas sang khalifah
yang seharusnya memperhambakan diri sebagai abdillah..

Segenggam kasih yang kejap merangkul setiap syahdu pada takbir
laungannya sudah cukup menggegar hati yang berzikir
pada zikir buatkan insan berfikir
bahawa pulang nanti tidak seharusnya fakir
dek atas dunia sifat dirinya begitu kikir
apalagi janji pada Rabb yang sentiasa dimungkir
kerana ikhlas itu sukar meskipun mudah indah diukir
yang pastinya ikhlas bukan hanya pada zahir
tapi hanya hati yang mampu mentafsir
dari hati yang tulus terlahir

Seredup mahabbah yang memayungi setiap hadiqah pada tasbih
tika cintanya pada Khaliq melebih
melebihi dirinya yang terlalu dikasih
mengasihi Allah tanpa mengenal jerih
jerih yang selalunya membuatkan qalbunya pedih
pedih itu langsungnya pada sedih
tapi terkadang kita lupa bahawa pada sedih juga ada indah
kerana urusan sang khalifah takkan semuanya mudah
lihat sahaja berapa ramai yang tersungkur punah
kerana mereka tetap memilih syari' itu sekalipun hakikatnya padah
dunia itu ibarat penjara dan lapangan mehnah
penjara yang padanya diambil ibrah...

- ibnu~ridz -



No comments: