Tuesday, 10 May 2011

Alhamdulillah...all praises to Allah




Tanggal 1 Mei 2011, bermula sebuah lembar dalam hidupku. Lembar yang padanya tertulis kalam tanggungjawab yang perlu ku fikir dan rancang. Tiada apa yang kuharapkan melainkan Allah permudahkan urusan hatiku. Dalam meniti waktu ini, persiapan perlu diatur, langkah seharusnya disusun.

Kepada saudara-maraku yang bertungkus-lumus menjayakannya, sykran jazilan. Tiada kata yang dpt menggambarkan perasaan ini, mahupun tiada kalam yang dpt kunukilkan rasa ini.

Buat dia yang sedia menerima...moga tabah dalam penantian ini...

Wednesday, 24 November 2010


sekilas memori takkan bisa mengubat sebuah kesedihan
pada yang terlalu menantikan hadir disisi
jauh perjalanannya buatku mempersiap diri
ku tahu penantian itu buatkan diri berdebar
berdebar akan sebuah ikatan yang teguh

Wednesday, 27 October 2010

Permulaan yang ada Pengakhirannya


mulanya 1000 itu dari 1
mulanya rumah itu dari bata
mulanya langkah yang panjang itu dari langkah pertama
mulanya siang itu dari malam
mulanya hidup itu dari mati

setiap perkara pasti ada mula dan ada akhirnya
kerana itu sifat makhluk
cuma terkadang kita tidak sedar dimana kita bermula
dan terkadang terlupa hidup ini ada akhirnya
adakalanya kita takut memulakan
kerana kita acapkali dibayangi pengakhirannya
mulakanlah langkah itu dengan yakin pada mampu diri
kemampuan untuk meyakinkan diri dan insan lain
aku hanya mencari rezeki, buat menerus hidup dan menghambakan diri
pada ALLAH Yang Memberi Rezeki
moga mula hidup ini juga matinya dalam husnul khotimah
kerna mati itu bukan penamat kehidupan
tetapi permulaan pada kehidupan yang panjang


Thursday, 14 October 2010

SenafasRindu..SegenggamKasih..Seredup Mahabbah


Senafas rindu yang mengikat setiap hela pada tahmid
memuji pada Yang Memiliki Segala Puji
Pujian yang hanya selayaknya buat-Nya
pada kala diri mengemis hina di hampar sujud
hanya berteman ayat-ayat cinta dari Yang Maha Esa
mentadabbur setiap kalam
menterjemah pada perbuatan
itu namanya AMALAN
bukan setakat kabur pada bacaan, hilang pada alunan
lalu jauh sekali menjadi pedoman
betapa dunia jauh dari akhirat
saat urusan diri jauh dari syariat
lupa akan tugas sang khalifah
yang seharusnya memperhambakan diri sebagai abdillah..

Segenggam kasih yang kejap merangkul setiap syahdu pada takbir
laungannya sudah cukup menggegar hati yang berzikir
pada zikir buatkan insan berfikir
bahawa pulang nanti tidak seharusnya fakir
dek atas dunia sifat dirinya begitu kikir
apalagi janji pada Rabb yang sentiasa dimungkir
kerana ikhlas itu sukar meskipun mudah indah diukir
yang pastinya ikhlas bukan hanya pada zahir
tapi hanya hati yang mampu mentafsir
dari hati yang tulus terlahir

Seredup mahabbah yang memayungi setiap hadiqah pada tasbih
tika cintanya pada Khaliq melebih
melebihi dirinya yang terlalu dikasih
mengasihi Allah tanpa mengenal jerih
jerih yang selalunya membuatkan qalbunya pedih
pedih itu langsungnya pada sedih
tapi terkadang kita lupa bahawa pada sedih juga ada indah
kerana urusan sang khalifah takkan semuanya mudah
lihat sahaja berapa ramai yang tersungkur punah
kerana mereka tetap memilih syari' itu sekalipun hakikatnya padah
dunia itu ibarat penjara dan lapangan mehnah
penjara yang padanya diambil ibrah...

- ibnu~ridz -



Wednesday, 13 October 2010

Cerita Hati Kepada Diri...


berapa dalam lagi perlu kuselam untuk menyelusuri diri;
berapa jauh perlu ku merantau untuk memahami diri;
berapa tinggi perlu ku daki untuk tahu makna diri;
berapa lama perlu ku hidup untuk mengerti diri;
berapa detik perlu kutunggu untuk menyendiri;

KERANA

diri sendiri perlu berdiri menyelusuri, memahami, mengetahui dan mengerti
Sg. Nil itu takkan berbicara sendiri tentang susur alurnya...
Sahara itu takkan bercerita sendiri tentang terik dan panasnya...
Laut Merah itu takkan mengadu kisah lampaunya...
Jabal Rahmah itu takkan berkisah akan redup sejarahnya...
yang pasti aku perlu terus mencari diri
selepas mengetahui ALLAH lebih dekat
dengan hambaNYA lebih dari pembuluh darah mereka

apa bisa diri bertahan pada tandus dunia
apa bisa hati tetap pada wadah ini
apa bisa mampu menahan
diri

thabbith qolbi 'ala dinik...

Friday, 24 September 2010

Menangis dan Tersenyumlah..


Getar pada suara....beralun pada nada....
pada kidung yang masih belum terungkap...
cuma hati yg mampu berkata
...
menangislah...
kerana tangisan adalah suara qalbumu yang paling dalam;
senyumlah....
kerana senyuman itu adalah perkataan hatimu yang cukup indah



Next In The List...



InsyaAllah...moga bulan ni ada rezeki utk beli buku2 nih...ameen...mcm biasa di Pustaka Syabab kat PKNS Bangi...=)

Thursday, 23 September 2010

DuniaBaruSuamiKu...Tahniah...



Tanggal 2hb Ogos 2010...segalanya baru bermula...

Nukilan dari Suamiku...UKM 38th Convocation...






10 Ogos 2010..akhirnya setelah 4 tahun berhempas pulas di UKM, dapat juga title graduan..alhamdulillah syukur...moga ilmu yang tercurah bermanfaat...lebih bermakna ble ramai yang menghargai...lagi2 yang dekat dihati...insyaAllah takkan nak berhenti blaja sampai kat cni jer..moga ada rezeki untuk sambung lagi....ramai kwn2 yang further study...moga turut jejak langkah kalian...berbekalkan mood yang sgt happy n cuaca yang suam2 kuku tak berapa suam, masuk juga dalam DECTAR...meremang plak bulu roma masa perarakan mask graduan...hope dpt rasa lagi feeling yang sama...tq kepada sume pensyarah n shbt2 yang banyak bagi sokongan...tak lupa juga family yang terlalu banyak membantu..syukran jazilan....

Clinical chemistry....


Pejam celik dah hampir sebulan mengajar. Banyak juga yang aku sendiri pelajari. Betapa perasaan mereka yang dahulunya menjadi pensyarah-pensyarahku. Macam mana kerenah pelajar, tanda kertas jawapan, buat kuiz, bagi assignment and set up final exam question. Apalagi aku ditinggalkan tanpa rujukan. Tapi itulah namanya cabaran berkerjaya kan? Doaku moga tetap dalam jalan ini dan dipermudahkan segala urusan seharian...Amin